Program Sewa Kereta Elektrik COMOS

Ahaa.. siapa nak sewa kereta elektrik? 100% elektrik, bukan hybrid punya. Kalau ada yang berminat, mungkin boleh usha program ni, Electric Vehicle (EV) Car Sharing Program.

 

 

Actually, program ini baru je dilancarkan pagi tadi oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur di Menara UOA II, Bangsar.

Program ini yang menawarkan sewaan kereta elektrik dengan kadar bayaran yang mampu bayar, memfokuskan kepada pengguna-pengguna disekitar Lembah Klang (buat masa ini).

Terdapat 2 jenis kereta elektrik yang ditawarkan iaitu Renault Twizy dan Renault Zoe.

Renault Twizy, sebuah kereta elektrik ultra kompak dan sesuai bagi warga kota yang tercari-cari alternatif kenderaan kedua. Max speed 80 km/j dengan 2 pilihan, single seat dan double seat.

 

 

Manakala, Renault Zoe adalah sebuah kereta elektrik yang sesuai bagi mereka yang berkeluarga. Max speed 135 km/j dengan 4 tempat duduk.

 

 

Penawaran sewa melalui Electric Vehicle (EV) Car Sharing Program ini, memerlukan sesiapa yang berminat untuk melakukan pendaftaran keahlian bersama COMOS (CMS Consortium Ecotour Sdn. Bhd.). Untuk pengetahuan, pendaftaran membership ini kebiasaannya berharga RM300 setahun.

Tetapi disebabkan program ini baru sahaja dilancarkan, COMOS berbaik hati menawarkan promo diskaun dengan bayaran RM50 setahun, hanya kepada sesiapa yang mendaftarkan diri dalam tempoh 3 bulan yang pertama ini sahaja.

Dari segi kadar sewaan pula, caj yang akan dikenakan adalah RM6 bagi setiap 15 minit (harga promo, harga biasa RM8 bagi setiap 15 minit) dan sekiranya sewaan adalah melebihi 6 jam, kadar maksima yang dikenakan adalah berdasarkan kiraan 6 jam sahaja (sebagai contoh, sewa 10 jam tapi perlu bayar untuk harga 6 jam sahaja), dimana kereta tersebut juga perlu dipulangkan sebelum jam 10 malam.

 

 

* Caj yang dikenakan termasuklah caj elektrik yang digunakan, penghantaran kereta ke tempat-tempat yang dijanjikan semasa tempahan dibuat serta tempat parkir kereta premium di beberapa tempat terkenal di sekitar Kuala Lumpur.

 

 

Okay lah tu kan? Bagi aku, dah murah dah jika nak dibandingkan dengan kadar sewa kereta biasa (sebagai contoh Proton Persona), RM200+ sehari. Itu belum lagi dicampurkan duit nak kena isi minyak.

 

Kereta elektrik, tak perlu isi minyak!

 

So, what say you? Menarik tak program ni?

Semasa pelancaran tadi, aku difahamkan bahawa terdapat 10 buah stesen pengecas telah siap dibina. 9 di sekitar Kuala Lumpur dan 1 lagi terletak di Petronas Solaris Serdang. Di masa akan datang, ia akan dikembangkan lagi ke tempat-tempat lain pula seperti Langkawi, Melaka, Johor dan Pulau Pinang.

 

COMOS Official Partner – PETRONAS

 

COMOS Official Partner – Rapid KL

 

COMOS Official Partner – UTM

 

 

By the way, sebelum aku lupa.. EV Car ini merupakan kereta elektrik yang pertama di Asia Tenggara. Thailand belum ada, Indonesia pun belum ada, malah Singapore pun belum ada car sharing program semacam ini. Bangga tak? Hehehe.

Nota: Kalau berminat, pendaftaran keahlian boleh dibuat melalui laman web rasmi mereka di www.comos.com.my dan selepas pendaftaran dibuat, anda akan menerima kad keahlian (bercip) yang akan digunakan setiap kali anda menyewa EV Car.